Thursday, December 25, 2014

Non-Resident Technical Initiative ( NRTI )


NON-RESIDENT TECHNICAL INITIATIVE
Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident
UiTM (Perak) Kampus Tapah




      NRTI merupakan satu badan khas yang ditubuhkan dibawah Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident ( JPNR ). Unit ini bertujuan untuk mengkaji idea dan inovasi baharu dan mengaplikasikannya dalam pentadbiran JPNR. Selaras dengan konsep QE/5S, NRTI bermatlamat untuk mencapai tahap pengurusan tertinggi dan efisyen. Berikutan permasalahan yang sering berlaku dalam mana-mana organisasi JPNR di UiTM Tapah dan kampus lain, NRTI ditubuhkan bagi menkaji sistem baharu dan dilaksanakan sekiranya memberi manfaat yang tinggi dan akan diteruskan secara berfasa. Sebagai permulaan, NRTI akan diselia sendiri oleh JPNR bagi fasa pertama. Setelah selesai, analisa terperinci akan dilakukan keatas NRTI sama ada akan diteruskan atau dibubarkan.

Objektif NRTI :

1. Mencapai tahap pengurusan tertinggi dalam Unit Pengurusan NR.
2. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam sistem pengurusan.
3. Mengkaji idea-idea baru dan menginovasikan sistem pengurusan sedia ada.

Misi NRTI :

a) Melahirkan idea baharu dan membuat kajian bagi menghasilkan inovasi dalam sistem pentadbiran JPNR

b) Mengkaji semula sistem pengurusan sedia ada dan terus mencipta idea baharu dalam mengatasi masalah yang berlaku dalam pentadbiran.

Visi NRTI :
Memastikan sistem pentadbiran JPNR mencapai tahap pengurusan terbaik menjelang tahun 2015

Kelebihan NRTI kepada pelajar NR

1) Urusan permohonan rayuan kolej, cadangan dan aduan boleh dibuat secara online bagi menjimatkan masa dan memudahkan proses pengurusan.

2) Sistem ISRP ( Initial Student Regstration Program ) telah digunapakai mulai sesi Disember 2014/April 2015. Sistem ini memberi maklumat penuh mengenai data NR kepada JPNR dan UPK hanya dengan satu proses isian ( key-in ). Maklumat yang tepat memudahkan pihak atasan sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau masalah lain.

3) Melalui borang pelepasan rumah sewa, maklumbalas penginapan dan aduan pelajar, maklumat dapat diperoleh secara mudah dan pantas. Tindakan (bantuan) awal boleh diambil sekiranya perlu.


            Secara khususnya, NRTI akan menggunakan apa jua fasiliti dan kemudahan yang ada untuk memudahkan sebarang urusan dan mencari kaedah baharu untuk menyelesaikan masalah dalam pentadbiran. Sebagai langkah permulaan, NRTI akan diselia sendiri oleh ahli JPNR. Sekiranya NRTI berjaya mencapai misi dalam masa 6 bulan dari tempoh penubuhannya, satu organisasi kecil dibawah JPNR akan ditubuhkan bagi mengembangkan lagi NRTI.

             Bagi 6 bulan pertama, NRTI menyasarkan untuk melancarkan 4 perlaksanaan baru bagi Fasa Pertama. Fasa Pertama merupakan waktu percubaan bagi semua program NRTI. Setelah tempoh percubaan tamat, JPNR akan mengkaji semula samada program yang dilaksanakan NRTI mampu memberi kesan positif lebih dari 70 % dalam pentadbiran JPNR. Sekiranya mencapai sasaran, NRTI akan beralih ke Fasa Kedua dan jika sebaliknya, NRTI akan dimansuhkan.


Proses perlaksanaan NRTI akan melalui beberapa fasa utama iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Bagi tahun pertama, orgnanisasi JPNR menyasarkan untuk melalui sehingga fasa 2 pada pertengahan tahun 2015.


No comments:

Post a Comment