Projek DELTA adalah satu pertubuhan dibawah JPNR yang dilaksanakan khusus untuk membawa dan merealisasikan tujuannya. Projek DELTA bertujuan untuk mengkaji semula kedua-dua penginapan pelajar iaitu kolej dan dan juga bukan penghuni kolej ( sewa ). Ia bagi memastikan para pelajar berstatus NR dan layak akan diusulkan untuk dibawa masuk semula ke dalam kolej. Pembentangan khas akan dibuat dengan pihak UPK bagi perkara ini. Hal ini dilancarkan atas beberapa faktor iaitu :
1. Mengurangkan bebanan pelajar bukan penghuni kolej yang miskin atau tidak berkemampuan dengan memberi kemudahan kolej
2. Menyusun semula kelayakan pelajar untuk tinggal didalam kolej bermula dari semester 3 dan keatas.
Bagi melaksanakan program ini, faktor ini akan menentukan seberapa banyak pelajar berstatus NR yang boleh dibawa masuk semula ke dalam kolej :
1. Kuota Kolej
2. Kelulusan dari Pihak Pengurusan Kolej UiTM Tapah
Projek ini akan mula dilancarkan setelah mendapat kelulusan dari Unit Pengurusan Kolej dan pihak atasan yang berkenaan. Selain itu, program ini juga hanya akan bermula selepas proses transit pelajar dari kampus lain selesai sepenuhnya. Program ini tidak menjanjikan penempatan kolej, ia adalah inisiatif untuk mengusulkan dan membincangkan pelajar nr yang tidak berkemampuan untuk dibawa masuk semula ke kolej. Sebarang keputusan adalah bergantung kepada pihak UiTM.
Untuk permohonan, sila isi borang rayuan penempatan kolej ( DELTA ).
Nota : Hanya permohonan pelajar yang benar-benar layak sahaja akan diproses dan dibentangkan ke UPK. Sebarang keputusan akan dimaklumkan melalui nombor telefon yang diberikan.
No comments:
Post a Comment